Pearly-Thinaah jinakkan juara Terbuka Malaysia

Pearly-Thinaah jinakkan juara Terbuka Malaysia

PEARLY Tan-M. Thinaah melakar kejutan menumpaskan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pearly Tan dan M.Thinaah menggamatkan ribuan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila melakar kejutan menyingkirkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada suku akhir Malaysia Masters, sebentar tadi.

Di atas kertas, Apriyani-Siti Fadia dilihat peserta pilihan untuk melangkah ke separuh akhir, ditambah reputasi pasangan ini masih segar dengan kejuaraan Terbuka Malaysia minggu lalu.

Begitupun, Pearly-Thinaah mempamer aksi memukau untuk menyingkirkan mereka 21-18, 21-17 dalam tempoh 42 minit.

 

“Saya berterima kasih kepada pasangan saya (Thinaah) yang banyak membantu saya di dalam gelanggang, dan saya rasa kami bermain dengan baik hari ini adalah disebabkan kami berjaya kawal perasaan masing masing dan kekal fokus.

“Ia antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan kami malam ini, namun saya percaya masih ada ruang yang perlu kami perbaiki,” jelas Pearly.

Menanti mereka di separuh akhir esok naib juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China.

Begitupun, Thinaah tidak meletakkan tekanan buat diri mereka berdua menentang jaguh China itu biarpun mereka sudah buktikan kemampuan mereka untuk tundukkan pasangan terbaik dunia.

“Kami tiada apa apa tekanan, dan kami kekal dengan misi turun ke gelanggang untuk berikan terbaik dan yang paling utama menikmati setiap saat di dalam gelanggang,” kata Thinaah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya