‘Patatimo Boys’ beraya atas bas

‘Patatimo Boys’ beraya atas bas

AKSI Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri ketika menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil kelmarin. –MINGGUAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu muda negara yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri tidak sempat menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini kerana terpaksa berangkat ke negara jiran bagi menyertai badminton Terbuka Singapura yang bermula Selasa ini.

“Kami beraya atas bas, sebab petang Ahad perlu berangkat ke Singapura.

“Saya harap ada rezeki nanti sempena Raya Haji, kami dapat pergi lebih jauh dalam pertandingan, ini satu pengorbanan juga,” kata Arif selepas tumpas pada suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena Bukit Jalil kelmarin.

Juara Terbuka Australia itu tunduk kepada pasangan No. 5 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 10-21, 16-21.

Wan Arif Wan Junaidi

Menurut Arif, selepas Terbuka Singapura, mereka akan terbang pula ke Taiwan bagi menyertai Terbuka Taiwan.

Ketika ditanya mengenai pengalaman berharga bertemu beregu handalan dunia di suku akhir, gandingan Arif, Haikal mengakui, wujud jurang antara mereka dengan Fajar dan Rian.

“Pertemuan itu satu pengalaman yang baik untuk saya dan Arif. Mereka mendedahkan kekurangan kami, kekuatan beregu dunia itu memang jauh dengan kami.

“Sekurang-kurangnya selepas ini, kami tahu apa yang perlu diperbaiki, Insya’Allah pada pertandingan akan datang kita akan buat yang terbaik,” ujarnya.

PASANGAN Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto memberi pengalaman berharga kepada beregu muda negara.

Kata pemain berusia 20 tahun itu lagi, kualiti hantaran juga tidak sama berbanding pencabar lain yang pernah mereka jumpa sebelum ini.

“Mereka kerap menyempurnakan pukulan yang cukup rapat di jaring, malah semasa servis pun dia kacau, itu yang mengganggu persembahan kami.

“Kami tak gentar, cuma tak dapat ikut rentak mereka sehinggalah selepas 11 mata pada set kedua baru kami mampu bangkit, tapi dah terlambat untuk melawan balik,” kata Haikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya