Pasukan Malaysia ke suku akhir dengan bergaya

Pasukan Malaysia ke suku akhir dengan bergaya

NG Tze Yong menyumbangkan mata kedua Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia melangkah ke suku akhir badminton berpasukan campuran Sukan Komanwel 2022 dengan rekod sempurna apabila membenam Afrika Selatan 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan D di Birmingham hari ini.

Begitupun, terdapat kelainan dalam barisan pemain negara yang diturunkan bermula dengan Aaron Chia digandingkan bersama Pearly Tan dalam beregu campuran. Bagaimanapun ia tidak menjadi masalah apabila mereka mudah mengatasi Jarred Elliot-Deidre Jordaan 21-7, 21-8.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang turun sebagai wakil kedua Malaysia turut tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan Carden Kakora 21-11, 21-8.

GOH JIN WEI

Disusuli selepas itu dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei memastikan Malaysia selesa 3-0 di hadapan apabila menumbangkan Johanita Scholtz, 21-5, 21-4.

Tan Kiang Meng-Chang Peng Soon yang pertama kali digandingkan dalam beregu lelaki juga mudah mengatasi lawan Jarred Elliot yang turun sekali lagi bergandingan dengan Robert Summers untuk keputusan 21-6, 21-9.

Bagaimanapun, Lai Pei Jing-Cheah Yee See diberi tentangan sengit oleh gandingan Deidre Jordaan yang turun berpasangan dengan Johanita Scholtz, namun belum cukup untuk menghadiahkan mata buat negaranya apabila tumpas 21-18, 21-13.

Meskipun tewas, Afrika Selatan tetap mengiringi Malaysia ke pusingan seterusnya sebagai naib juara kumpulan D. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya