Pasukan M3, Respect FC dapat talian hayat

Pasukan M3, Respect FC dapat talian hayat

DR. A. Hemalata (barisan depan, dua dari kanan) bersama pegawai dan pemain Respect FC pada sidang akhbar di Stadium Perak, Ipoh semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kelab M3 Perak, Respect FC (RFC) mendapat talian hayat kedua apabila diselamatkan oleh pemilik baharu .

Selepas terumbang ambing selama enam bulan kerana menghadapi masalah kewangan, RFC kini bersedia meneruskan pelayarannya dalam saingan M3.

Dalam tempoh itu, RFC hampir berkubur apabila kehilangan khidmat ramai pemain gara-gara tidak dapat membayar gaji pemain.

Begitupun, kesabaran 20 lebih pemainya nyata berbaloi apabila sebuah syarikat gergasi Antarabangsa iaitu Kumpulan SRAM dan MRAM menjadi pemilik baharu kelab itu selepas memiliki Soccer Empire Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SRAM, Dr. A. Hemalata berkata, syarikat konglomerat itu akan menyelesaikan segala hutang dan tanggungan RFC

“Kami akan bayar semua gaji tertunggak dalam tempoh terdekat.

“Malah kami juga bersetuju berkongsi saham syarikat dengan pemain. Ini sesuatu yang baru dalam bola sepak,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Perak semalam.

DR. A. Hemalata (barisan depan, dua dari kanan) bersama pegawai dan pemain Respect FC pada sidang akhbar di Stadium Perak, Ipoh semalam. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Hemalata berkata, syarikat itu bercadang meluaskan RFC di peringkat global dengan mengadakan perlawanan dengan pasukan di luar negara selain menjemput pasukan ke Malaysia.

Sementara itu CEO RFC, R. Surendren lega dengan perkembangan baharu dalam pasukan itu.

“Saya gembira dengan perkembangan ini dan berterima kasih kepada syarikat ini kerana sudi membantu RFC.

“Mereka akan menyelesaikan segala tunggakan gaji selama enam bulan berjumlah RM300,000.

“Kami akan menamatkan jadual liga yang ada dua perlawanan lagi dan selepas itu membentuk semula pasukan,”katanya.

Menurut Surendren, RFC terpaksa melepaskan pemain ke pasukan lain semasa jendela perpindahan kedua Mei lalu untuk mengelak menanggung bebanan hutang . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya