Nafuzi cabar pemain kutip tiga mata

Nafuzi cabar pemain kutip tiga mata

PEMAIN Terengganu FC sudah bersedia untuk memburu tiga mata penuh apabila menentang Sri Pahang malam ini. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Te­rengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain, mencabar barisan pemainnya mengutip mata penuh apabila menerima kunju­ngan Sri Pahang dalam derbi Pantai Timur, Liga Super malam ini.

Jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, TFC seharusnya mampu kembali ke landasan kemenangan dengan memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk empat perlawanan berturut-turut.

“Selepas tewas kepada Pe­nang FC disusuli keputusan seri dengan Negeri Sembilan, kami tidak mampu lagi keciciran mata atau berdepan laluan sukar membaiki kedudukan dalam liga.

“Bertemu Sri Pahang, TFC sepatutnya meraih tiga mata dan pemain perlu lebih bersedia,” katanya.

TFC kini di tangga ketujuh Liga Super memungut 10 mata daripada tujuh perlawanan, manakala Sri Pahang di tempat kedua tercorot dengan lapan mata.

Tegas Nafuzi, dia tidak runsing dengan prestasi barisan pemainnya yang disifatkan berada dalam keadaan terbaik untuk bertemu skuad Tok Gajah di depan penonton sendiri.

“Semua pemain sedia untuk diturunkan dan motivasi pasukan juga tidak terjejas dengan prestasi semasa, namun saya masih menilai kesebelasan yang akan diturunkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya