Malaysia tepati ramalan ke separuh akhir

Malaysia tepati ramalan ke separuh akhir

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia meneruskan misi memburu pingat badminton berpasukan campuran pada Sukan Komanwel 2022 apabila mudah mengetepikan Sri Lanka 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir di Birmingham, sebentar tadi.

Turun sebagai wakil pertama negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Sachin Dias-Thilina Hendahewa 21-14, 21-14 dalam acara beregu campuran.

Ng Tze Yong meletakkan Malaysia selesa biarpun berdepan lawan lebih berpengalaman, Niluka Karutnaratne apabila menang 21-5, 21-14 untuk skuad negara mendahului 2-0.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei melengkapkan kemenangan mutlak Malaysia dalam perseorangan wanita dengan menundukkan pemain muda, Vidara Suhasni Vidanage  21-9, 21-5.

Menanti pasukan negara pada separuh akhir esok adalah tuan rumah, England yang menundukkan Kanada 3-0 sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya