Liga Tunas Malaysia cungkil pelapis bola sepak negara

Liga Tunas Malaysia cungkil pelapis bola sepak negara

AHMAD Faizal Azumu (kanan) dan Radzi Jidin (tengah) bermain bola sepak ketika melancarkan Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Pancarona Presint 18, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir 3,000 pasukan seluruh negara bakal bersaing dalam Liga Tunas Malaysia atau Malaysia Little League (MLL) yang menjadi platform terbaharu untuk mencungkil pelapis bola sepak negara.

Dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MLL akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Program yang julung kali diadakan itu akan melibatkan penyertaan 2,940 pasukan dengan dua kategori iaitu bawah 16 tahun (B-16) – lelaki dan wanita serta B-12 (lelaki sahaja).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ini adalah julung kali pertandingan bola sepak melibatkan penyertaan murid seluruh negara diperkenalkan.

RADZI Jidin (kiri) bersama Ahmad Faizal Azumu (tengah) pada Pelancaran Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Pancarona Presint 18, Putrajaya hari ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“MLL adalah usaha pendekatan rentas kementerian dan ia juga diperkenalkan selaras dasar Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) dan menepati beberapa elemen dalam konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya pada majlis pelancaran MLL di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga sedang berbincang dengan KBS untuk mengetengahkan beberapa lagi sukan pada masa depan membabitkan penyertaan murid sekolah di seluruh negara.

AHMAD Faizal Azumu (kiri) dan Radzi Jidin bersama trofi Liga Tunas Malaysia. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setiap daerah akan menampilkan lapan pasukan bagi setiap kategori MLL yang menggunakan format liga dua kumpulan yang mana juaranya akan meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan.

“Sebanyak RM1.046 juta hadiah keseluruhan ditawarkan dalam MLL dengan juara peringkat kebangsaan akan membawa pulang RM5,000.

“MLL akan bermula di peringkat daerah pada bulan depan dan dijangka berakhir di peringkat kebangsaan pasa November depan,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan perkembangan dan mutu sukan negara sekali gus mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Negara Sukan’ setidak-tidaknya menjelang tahun 2030. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya