Anna Cheong-Teoh Mei XingLangkah Anna-Mei Xing tersekat di suku akhir

Langkah Anna-Mei Xing tersekat di suku akhir

ANNA Cheong-Teoh Mei Xing memberi tentangan hebat kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye-Jeong sebelum kalah pada suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas melakar kemenangan sensasi semalam, langkah beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing pada kejohanan badminton Malaysia Masters tersekat di suku akhir hari ini.

Beregu No. 37 dunia itu terpaksa akur 14-21, 18-21 kepada pasangan No. 11 dunia, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan dalam tempoh 44 minit.

Semalam, Anna-Mei Xing melakar kejutan dengan menumpaskan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun yang juga pilihan keenam.

Pada Terbuka Malaysia minggu lalu, Anna-Mei Xing turut tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada Matsumoto-Nagahara 15-21, 21-23.

Mereka bagaimanapun mengejutkan beregu No. 3 dunia, Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan pada pusingan kedua.

“Banyak yang perlu kami belajar untuk mengawal situasi ketika ketinggalan dan berupaya mengendalikan tekanan agar mampu bangkit memberikan tentangan sengit.

“Jika ditanya apa perasaan kami, sebenarnya kami agak gembira dengan persembahan kami secara keseluruhan kerana berjaya mara sehingga ke suku akhir pada Malaysia Masters dan juga Terbuka Malaysia,” kata Anna.

Selepas Malaysia Masters, beregu wanita negara itu akan berehat seketika dan tidak akan menyertai Terbuka Singapura ekoran kecederaan bahu yang menimpa Mei Xing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya