Kelantan United elak ‘dibedil’ Polis

Kelantan United elak ‘dibedil’ Polis

PEMAIN Kelantan United giat menjalani sesi latihan di Padang Mardi, Kota Bharu, Kelantan menjelang pertemuan dengan PDRM FC hari ini. – IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United waspada berdepan PDRM FC dalam aksi Liga Perdana hari ini bagi mengelak menjadi mangsa ‘bedilan’ lawan yang kini berada pada prestasi terbaik.

Pengendalian Kelantan, Syamsul Saad menegaskan, barisan pemainnya sedar kekalahan kepada skuad Sang Saka Biru akan menyebabkan kedudukan mereka di tangga kelima liga dipintas lawan.

“Kita maklum PDRM pasukan yang lebih baik kali ini berban­ding pada pusingan pertama, selepas mereka membawa masuk beberapa pemain baru pada jendela perpindahan kedua.

“Mereka menang ke atas Perak FC pada perlawanan sebelum ini manakala kita pula tewas kepada pasukan sama pada aksi terakhir liga yang lepas. Dari segi momentum dan moral, ia kelihatan lebih memihak kepada PDRM,” kata­nya semalam.

Anak kelahiran Perak itu memberitahu, terdapat beberapa perkara positif yang diharap dapat memberi kelebihan kepada Kelantan United untuk mencatat kemenangan di gelanggang sendiri selepas terpaksa berkelana bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV sebelum ini.

Katanya, Kelantan United menagih sepenuhnya sokongan padu daripada penyokong setia untuk turun beramai-ramai di Stadium Sultan Muhammad IV bagi memberikan sorakan.

“Kembalinya Jacob Njoku selepas kecederaan panjang dan kemasukan Nik Akif Syahiran Nik Mat yang cepat menyesuaikan diri dengan pasukan diharap dapat memberi impak lebih baik dan menyuntik persaingan sihat dalam kalangan pemain.

“Saya yakin sokongan padu daripada penyokong akan dapat menyuntik semangat kepada pemain-pemain untuk terus berjuang memburu tiga mata penting di Kota Bharu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya