Jangan kembali ke zaman Lee Chong Wei

Jangan kembali ke zaman Lee Chong Wei

PRESTASI Ng Tze Yong tidak meletakannya sebagai prospek pingat emas Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kejohanan yang berlangsung di Malaysia gagal menampilkan wakil negara pada peringkat awal perseorangan lelaki amat membimbangkan peminat badminton tanah air.

Kelmarin, cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki Malaysia Masters berakhir selepas Ng Tze Yong kalah kepada pilihan keempat kejohanan, Chou Tien Chen dari Taiwan 18-21, 16-21.

LEE CHONG WEI

Itu bermakna, saingan suku akhir kejohanan berlangsung tanpa pemain Malaysia dalam acara paling mencuri tumpuan.

Pada Terbuka Malaysia minggu lalu, ­keadaan sama turut berlaku apabila tiada seorang pun pemain negara berjaya ­melayakkan diri ke suku akhir.

Langkah juara Asia, Lee Zii Jia disekat oleh Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia pada pusingan kedua.

LEE ZII JIA

Tze Yong pula kalah seawal pusingan pertama kepada Lu Guang Zu dari China 16-21, 23-21, 18-21.

Perkembangan itu mengingatkan peminat tanah air kepada zaman ketika Malaysia terlalu bergantung dengan Datuk Lee Chong Wei sehinggakan tiada gelaran berjaya diraih jika legenda badminton negara itu tidak ­beraksi atau kalah awal.

Bekas pemain No. 1 dunia, Roslin Hashim percaya, Malaysia memiliki kumpulan pemain yang mampu diketengahkan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu lebih agresif bagaimana hendak menaikkan pemain-pemain ini dalam tempoh lebih ­cepat.

ROSLIN HASHIM

“Isu ini telah lama saya perkatakan, lihat sahaja pada Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters, kita memang bergantung harap kepada Zii Jia seorang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Roslin percaya, BAM perlu melakukan sesuatu kepada struktur kejurulatihan perseorangan dalam usaha membentuk kumpulan pemain yang mampu memberikan cabaran kompetitif kepada Zii Jia.

“Kita ada beberapa kumpulan perseorangan yang berupaya dibentuk bagi memberikan persaingan sihat kepada Zii Jia.

“Pemain seperti Tze Yong, Aidil Sholeh, Lee Jun Hao, Song Joo Ven dan beberapa lagi berpotensi memberi saingan,” katanya.

Aidil Sholeh

Menurut Roslin, isu ketandusan pemain perseorangan bukan satu perkara baharu kerana ramai bekas pemain menyuarakan teguran mengenai masalah itu.

“BAM perlu lakukan sesuatu, ini isu dalaman. Kalau jurulatih tak bagus kenalah tukar. Cari yang lebih berkemampuan,” tegasnya.

Kata Roslin, jangan sampai Zii Jia terkial-kial bersendirian bersaing sedangkan Malaysia memiliki ramai pemain boleh menghadirkan cabaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya