Jangan banyak main media sosial!

Jangan banyak main media sosial!

Aksi Ng Tze Yong ketika beraksi di Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kurangkan bermain media sosial dan bijak uruskan tekanan.”

Itu nasihat legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kepada Ng Tze Yong selepas bimbang melihat langkah pemain muda itu tersekat seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Enggan mengulas kekalahan seorang lagi pemain Malaysia, Lee Zii Jia pada kejohanan tersebut, Chong Wei lebih berminat bercakap tentang Tze Yong, 22, yang dilihat mempunyai potensi besar, namun masih memiliki banyak kelemahan.

Rabu lalu, langkah Tze Yong yang bakal mengetuai cabaran perseorangan negara pada Sukan Komanwel hujung bulan ini disekat oleh pemain China, Lu Guangzu 6-21, 23-21, 18-21.

LEE CHONG WEI

“Saya ada melihat Tze Yong main tempoh hari. Bagi saya selepas dia kalah pada pusi­ngan pertama, Tze Yong perlu berbincang dengan jurulatih Hendrawan bagaimana untuk segera memperbaiki kelemahannya.

“Saya lihat Tze Yong masih ada banyak kekurangan, tahap kecergasannya perlu segera ditingkatkan menjelang Sukan Komanwel yang semakin hampir.

“Saya yakin Hendrawan lebih mengetahui kelemahan yang perlu diperbaiki Tze Yong,” kata Chong Wei kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut sama ada Tze Yong mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi, Chong Wei mengakui, tugas berat menanti pemain muda tersebut.

LEE Chong Wei ketika menghadiahkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

“Bergantung kepada undian, jika Tze Yong awal-awal lagi sudah jumpa pencabar yang kuat, memang sukar untuk dia mempertahankan pingat emas yang saya menang di Gold Coast, Australia, empat tahun lalu.

“Dalam pertandingan apa-apa sahaja boleh berlaku, cuma realistiknya memang susah,” kata juara Terbuka Malaysia 12 kali itu.

Chong Wei masih berharap, jika tidak mampu menang emas sekali pun, sekurang-kurangnya pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-48 dunia itu dapat membawa pulang pingat perak atau gangsa.

AKSI Lee Zii Jia ketika menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada pusingan Terbuka Malaysia kelmarin. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara itu, pemain No. 5 dunia, Zii Jia pula dikejutkan de­ngan kekalahan 21-19, 19-21, 16-21 kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada pusingan kedua.

Beberapa hari sebelum kejohanan, Zii Jia mengumumkan untuk tidak beraksi pada Sukan Komanwel yang bermula 28 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya