Ivan, Aifa lepasi ujian pertama di Birmingham

Ivan, Aifa lepasi ujian pertama di Birmingham

AIFA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ivan Yuen dan Aifa Azman melepasi halangan awal pada pusingan kedua skuasy perseorangan lelaki serta wanita Sukan Komanwel 2022 di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham, sebentar tadi.

Menghuni ranking ke-54 dunia, Ivan yang diletakkan selaku pilihan 9/16 menewaskan Rhys Dowling dari Australia 11-9, 9-11, 11-5, 11-4.

Mendapat bye pada pusingan pertama, pemain veteran berusia 32 tahun itu bakal berdepan laluan lebih sukar apabila dijadual menentang pemain No. 34 dunia, Greg Lobban dari Scotland di pusingan ketiga, esok.

Lobban yang memegang status selaku pilihan 5/8 mengalahkan pemain Sri Lanka, Ranvindu Laksiri 11-9, 11-4, 12-10.

IVAN YUEN

Dalam saingan wanita, pemain No. 24 dunia, Aifa tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan wakil India, Sunayna Kuruvilla 11-7, 11-7, 11-7 untuk menempah slot ke pusingan ketiga.

Bagaimanapun, ujian sebenar menanti Aifa di peringkat seterusnya apabila pemain No. 20 dunia, Hollie Naughton dari Kanada menjadi pencabarnya, esok dalam usaha pemain berusia 21 tahun itu memburu tempat ke suku akhir.

Jika berjaya mengatasi Naughton dan mara ke suku akhir, pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia itu berkemungkinan besar bertemu pemain veteran berusia 36 tahun, Joshna Chinappa dari India yang menghuni ranking ke-17 dunia.

SYAFIQ KAMAL

Nasib berbeza menimpa seorang lagi wakil Malaysia, Mohd. Syafiq Kamal yang tersingkir setelah tumpas kepada pemain Wales, Emyr Evans 11-8, 11-7, 7-11, 11-7.

Malaysia masih memiliki dua lagi wakil yang belum turun ke gelanggang iaitu Ng Eain Yow dan Rachel Arnold yang hanya beraksi pada awal pagi, esok waktu Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya