Hendrawan dipuji beri kasut kepada pemain Jamaica

Hendrawan dipuji beri kasut kepada pemain Jamaica

HENDRAWAN memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts yang koyak ketika menentang pemain negara, Ng Tze Yong. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia ke atas Jamaica dalam saingan berpasukan Sukan Komanwel awal pagi tadi memang sudah diduga.

Begitupun, apa yang mencuri tumpuan peminat badminton adalah sikap baik hati jurulatih Malaysia, Hendrawan yang sanggup memakai stokin untuk memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts yang koyak ketika menentang pemain negara, Ng Tze Yong.

Tapak kasut dipakai Ricketts rosak ketika sedang beraksi menentang Tze Yong dalam saingan Kumpulan D memaksa perlawanan dihentikan seketika.

Ricketts cuba untuk meneruskan aksi dengan menggunting dan menanggalkan bahagian yang terkoyak, namun ia kurang selesa sebelum jurulatih Jamaica datang memberikan kasut sukan daripada rakan sepasukannya.

Selepas memakainya, Ricketts mendapati ia masih belum selesa kerana saiz berbeza, dan akhirnya Tze Yong serta Hendrawan datang untuk bertanyakan saiz kasut dipakainya.

Hendrawan membuka kasutnya dan memberikan kepada Ricketts kerana saiz dan jenama kasut digunakan adalah sama.

Hendrawan kembali meneruskan tugasnya dan duduk di kerusi jurulatih di belakang gelanggang dengan hanya memakai stokin putih.

Dalam perlawanan itu, Tze Yong tidak berdepan masalah untuk mengatasi Ricketts menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-16, malah lawannya turut menggunakan kasut Hendrawan bagi aksi beregu.

Malaysia menumpaskan Jamaica 5-0, sekali gus mengesahkan tiket suku akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya