Guanyu tidak tahu bagaimana boleh terselamat

Guanyu tidak tahu bagaimana boleh terselamat

KEADAAN kereta Zhou Guanyu yang terbabit dalam kemalangan ngeri pada Grand Prix Britain di Litar Silverstone, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemandu Formula Satu (F1) China, Zhou Guanyu mengakui, dia tidak tahu bagaimanapun boleh terselamat daripada kemalangan ngeri pada Grand Prix (GP) Britain, minggu lalu.

Pelumba pasukan Alfa Romeo itu yang beraksi pada musim pertama dalam F1 tersepit antara penghadang keluli dengan pagar logam selepas keretanya terbalik akibat pemanduan di luar kawalan dengan kelajuan 160 kilometer sejam (km/j).

Guangyu, 23, bagaimanapun diberi lampu hijau untuk beraksi pada GP Austria di Speilberg esok.

ZHOU GUANYU

“Apabila kereta saya bergu­ling, saya sedar akan menghadapi kesan besar kerana ia tidak berhenti.

“Saya cuba meletakkan diri dalam kedudukan paling selamat mungkin, dan hanya me­nunggu apa akan terjadi.

“Apabila berhenti, saya tidak tahu di mana saya ber­ada kerana keadaan kereta sudah terbalik. Saya dapat rasakan ada kebocoran tetapi tidak tahu sama ada itu kereta atau badan saya.

“Saya tersepit. Saya terpaksa memegang kepala kerana bersandar di sebelah kiri dan saya bimbang jika enjin terbakar,” katanya yang bercakap buat kali pertama sejak kemalangan luar biasa itu terjadi.

Zhou juga menjelaskan dia cuba mematikan enjin bagi mengelak berlaku kebakaran jika terdapat percikan api yang sudah tentu sukar untuk di­padamkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya