Gamel serah nasib kepada Sri Pahang

Gamel serah nasib kepada Sri Pahang

Christophe Gamel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Christophe Gamel bersedia dengan apa sahaja kemungkinan, sama ada masih diberi kepercayaan mengemudi skuad Tok Gajah sehingga tamat musim ini.

Jurulatih itu menyerahkan segalanya kepada Sri Pahang FC (SPFC) walaupun dikatakan pertemuan menentang Terengganu FC esok sebagai penanda aras khidmat beliau.

Beliau menerima segala keputusan berhubung kedudukan selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC jika skuad itu tewas kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Saya sedia menerima segala keputusan daripada pengurusan kelab jika Sri Pahang jika tewas Ahad ini,” katanya semalam.

KEKALAHAN kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu menyebabkan Sri Pahang kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super.  – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Desas desus berkaitan peralihan jawatan kerusi panas itu semakin diperkatakan berikutan prestasi terkini Sri Pahang.

Kedudukan di tangga kedua liga selepas tewas enam perlawanan menyebabkan segelintir penyokong tidak puas hati.

Mereka mahu kegemilangan Tok Gajah yang pernah digelar raja Pantai Timur yang merosot sejak dua musim lalu dijelmakan semula dan antara diminta penyokong adalah Gamel perlu direhatkan bagi memberi nafas baru buat Sri Pahang.

Walaupun menghadapi tekanan untuk memungut tiga mata esok tetapi jurulatih kelahiran Perancis itu tetap menaruh harapan mencapai matlamat itu.

“Saya kini memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memastikan Sri Pahang berada pada prestasi terbaik untuk perlawanan esok.

“Perkara lain saya serah kepada pihak pengurusan kelab ” katanya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya