Empat wakil Malaysia melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan

Empat wakil Malaysia melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan

SOONG Joo Ven melakar kejutan ke atas pilihan ketiga, Kashyap Parupalli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat daripada lima wakil Malaysia yang berentap di suku akhir badminton Terbuka Taiwan hari ini cemerlang menewaskan lawan masing-masing sebentar tadi bagi menempah tiket ke separuh akhir esok.

Soong Joo Ven melakar kejutan terbesar menumpaskan pilihan ketiga dari India, Kashyap Parupalli 21-12, 12-21, 21-17 untuk menempah pertemuan getir dengan pilihan utama yang juga jaguh tuan rumah, Chou Tien Chen.

Turut meneruskan kecemerlangan beregu campuran, Toh Ee Wei-Hoo Pang Ron yang menyingkirkan pilihan keenam, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto dari India  21-19, 21-12.

TOH Ee Wei-Hoo Pang Ron mengetuai kemaraan empat wakil Malaysia ke separuh akhir Terbuka Taiwan.

Pasangan yang memulakan kempen dari pusingan kelayakan itu kini bakal menentang pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau. 

Dalam beregu lelaki pula, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun sebagai pilihan keenam tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil tuan rumah, Liao Min Chun-Chun Hsien Yang 21-14, 21-19.

Mereka kini bakal berdepan satu lagi gandingan Taiwan, Su Ching Heng-Ye Hong Wei yang terdahulu mara selepas mengetepikan pasangan Jepun, Hiroki Okamura-Masayuki Onodera 12-21, 21-15, 21-12.

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke separuh akhir.

Menutup hari gemilang Malaysia di Gimnasium Taiwan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci yang mempamer aksi juang tinggi untuk menempah slot separuh akhir, menewaskan pasangan Hong Kong, Law Cheuk Him-Reginald Lee 21-12, 11-21, 22-20.

Juara Olimpik dan pilihan pertama, Lee Yang-Wang Chi Lin kini menanti beregu lelaki profesional negara itu pada separuh akhir esok.

GOH JIN WEI

Sementara itu, hasrat untuk melihat perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei meneruskan kemaraan tidak kesampaian apabila disekat juara 2017, Saena Kawakami dari Jepun, 9-21, 21-12, 16-21 dalam tempoh 44 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya