Eldstal kembali ke pangkuan Harimau Selatan

Eldstal kembali ke pangkuan Harimau Selatan

JUNIOR Eldstal diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Junior Eldstal kembali menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkuatkan Harimau Selatan untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Kepulangan semula pemain berusia 30 tahun itu bersama skuad Harimau Selatan diumumkan menerusi hantaran dalam Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Kehadiran Eldstal diumumkan menerusi hantaran video pendek berdurasi 41 saat menyaksikan pemain tinggi lampai itu menaiki limousin ke pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan disambut oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards.

 

JUNIOR ELDSTAL

Eldstal dilamar JDT pada penghujung musim 2014 selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam dua musim bersama skuad Sarawak.

Di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Bojan Hodak ketika itu, Eldstal memainkan watak penting  pasukan sepanjang tempoh empat musim bersama Harimau Selatan.

Sepanjang tempoh itu, Eldstal berjaya memenangi tiga gelaran juara Liga Super bagi musim 2015 hingga 2017, Piala FA (2016), Piala Malaysia (2017) dan kejayaan paling bermakna ketika menjulang Piala AFC (2015).

Eldstal yang berpisah dengan JDT pada Oktober 2018 kembali menyarung jersi Harimau Selatan bernombor 38 setelah berpindah daripada kelab Thailand, Chonburi FC.

LEVY MADINDA

Sementara itu, JDT turut mengumumkan ketibaan pemain baharu, Levy Madinda yang merupakan bekas pemain kelab La Liga, Celta Vigo bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Kemasukan Madinda yang juga bekas pemain import Sabah bagi memberi tentangan dan sokongan kepada Leandro Velazquez yang bermain di posisi sama.

Pemain import kelahiran Gabon itu akan menyarung jersi No.  92, menjadi pemain terakhir akan ditandatangani JDT pada musim ini.

Walau bagaimanapun, pengisytiharan itu menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air apabila kemasukan pemain import itu hanya diumumkan selepas jendela perpindahan sudah lama tamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya