Dalot pakai jersi No. 7 Ronaldo

Dalot pakai jersi No. 7 Ronaldo

Diogo Dalot kelihatan memakai baju No. 7 dalam sesi latihan pramusim Manchester United di Perth, Australia kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Pertahanan Manchester United, Diogo Dalot mencuri tumpuan dalam kempen pramusim di Australia apabila dilihat memakai baju No. 7 milik Cristiano Ronaldo ketika sesi latihan kelmarin.

Ronaldo, 37, yang sedang berusaha untuk ‘keluar’ dari Old Trafford tidak menyertai semua sesi pramusim Red Devils atas alasan ‘urusan keluarga’.

Dalam gambar yang tular di media sosial, Dalot dilihat memakai baju No. 7 dengan logo Adidas semasa United berlatih depan ribuan penyokong yang hadir di Stadium WACA.

Gambar tersebut meningkatkan lagi tanda tanya mengenai masa depan Ronaldo yang dikatakan sedang berunding dengan beberapa kelab yang mampu menawarkannya tiket Liga Juara-Juara.

Kedudukan Ronaldo bagaimanapun dilihat tiada perubahan sepanjang tiga minggu biarpun ejennya, Jorge Mendes menggembar-gemburkan pemain Portugal itu akan ke kelab lain.

Dalot tidak mungkin menjadi pemilik tetap jersi No. 7, malah Red Devils juga pernah menye­rahkan nombor tersebut kepada Joao Cancelo dalam sesi pramusim sebelum ini.

Ronaldo dan Dalot dikenali sebagai rakan rapat, dan bek kanan itu mungkin hanya meminta ­untuk memakai nombor itu ­sebagai penghormatan kepada rakan ­senegaranya di Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya