Chopra terlepas pertahankan pingat emas

Chopra terlepas pertahankan pingat emas

Neeraj Chopra tidak dapat mempertahankan pingat emas merejam lembing Sukan Komanwel akibat kecederaan paha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Juara rejam lembing Olimpik, Neeraj Chopra terpaksa melupakan Sukan Komanwel di Birmingham kerana kecederaan paha.

Chopra, 24, me­ngalami kecederaan itu semasa ­beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia di ­Oregon, di mana dia memenangi perak hujung minggu lalu.

Persatuan Olimpik India (IOA) tidak me­nyatakan status sebenar kecederaan itu tetapi selepas menduduki tempat kedua di belakang atlet Grenada, Anderson Peters dia mengadu tentang “ketidakselesaan” di pahanya.

“Chopra telah menghubungi saya awal hari ini dari AS untuk memberitahu, dia tidak mampu mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel Birmingham kerana kebimbangan me­nge­nai kecergasan

“(Dia) menjalani imbasan MRI Isnin lalu, dan berdasarkan itu, dia dinasihatkan berehat sebulan,” kata Setiausaha Agung IOA, Rajeev Mehta.
Chopra adalah juara bertahan Sukan Komanwel dan mencipta sejarah negaranya apabila memenangi emas merejam lembing pada Sukan Tokyo 2020, tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya