Bergson muncul hero JDT

Bergson muncul hero JDT

Bergson Da Silva (tengah) meraikan gol kemenangan JDT selepas menewaskan penjaga gol Melaka United, Tian Keat See aksi Piala FA di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bergson Da Silva muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada waktu kecederaan membantu Harimau Selatan menewaskan Melaka United 2-1 dalam aksi suku akhir Piala FA paling mendebarkan di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Kemenangan bergaya JDT itu memastikan skuad Harimau Selatan melangkah dengan bergaya ke separuh akhir walaupun skuad Sang Kancil nyaris mengejutkan pasukan itu.

Pujian harus diberikan kepada skuad Sang Kancil yang memberikan tentangan sengit hingga ke masa kecederaan ketinggalan 0-1 hasil jaringan Leandro Velazquez pada minit keempat, jaringan penalti Sony Norde enam minit sebelum tamat mengikat perlawanan 1-1 yang seolah-olah perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Hajat Melaka untuk mengulangi prestasi mengikat skuad Harimau Selatan 1-1 dalam saingan Liga Super tiga minggu lalu tidak kesampaian apabila Bergson menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir masa tambahan pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan berkenaan JDT berada di depan seawal minit keempat hasil tandukan Ahmad Hazwan Bakri menewaskan penjaga gol, Tian Keat See.

Gol awal itu menyentap semangat pemain tuan rumah namun gerakan untuk mencari gol penyamaan tampak sukar kerana pelawat jelas menguasai babak perlawanan.

Pada minit ke-11, JDT sekali lagi mencemaskan benteng pertahanan Melaka United menerusi percubaan Leandro Velazquez meliar keluar.

Namun melalui serangan pantas dari sebelah kiri menerusi larian pantas Adriano Narcizo lalu melorongkan bola tepat ke arah Ifedayo Olusegun yang mudah menyepak masuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias pada minit ke-15.

Begitupun jaringan gol penyamaan dilakukan Ifedayo tu dibatalkan pengadil perlawanan, Khirulazuan Kidam kerana pemain dari Ghana itu berada pada posisi off-said.

PEMAIN Melaka United, Emmanuel Oti Essigba (kiri) bersaing dengan dua pertahanan JDT, Shane Lowry (tengah) dan La’vere Lewrence Corbin-Ong (kanan) dalam aksi Piala FA malam ini. – UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD

Keputusan pengadil itu menyebabkan sebahagian penyokong skuad Hang Tuah berang gol berkenaan telah dibatalkan.

Pada minit ke-34 berlaku kekasaran antara Velazquez dari JDT dan pemain pertahanan tuan rumah, Wan Amirul Afiq menyebabkan kedua-dua pemain tersebut dilayangkan kad kuning.

Lima minit sebelum babak pertama berakhir JDT mencemaskan benteng pertahanan tuan rumah apabila sepakan kencang Arif Aiman melewati palang gol.

Pada minit ke-55, JDT hampa dengan peluang terbaik menambah gol kedua apabila dia yang mendapat hantaran cantik Velazquez lewat melakukan sepakan ketika berdepan Keat See.

Enam minit sebelum tamat aksi penuh Melaka dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Sony Norde bagi mengikat kedudukan 1-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya