Bekas pemenang pingat gangsa Sukan Asia didakwa menipu

Bekas pemenang pingat gangsa Sukan Asia didakwa menipu

LIN WOON FUI (dua, kiri) ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - UTUSAN/ADAM ZAMRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas beregu lelaki badminton negara, Lin Woon Fui didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini  atas dua pertuduhan membabitkan penipuan terhadap seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan atas talian serta pelaburan tidak wujud pada 2016.

Woon Fui, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Anas Mahadzir.

Untuk pertuduhan pertama, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Asia Doha 2006 ini didakwa telah memperdayakan seorang lelaki berusia 39 tahun sebanyak RM 28,0289 dengan mempercayainya akan melipatgandakan wang meneruskan pertaruhan atas talian.

Woon Fui juga turut didakwa memperdaya lelaki yang sama sebanyak RM30,000 untuk pelaburan saham tidak wujud.

Kedua-dua kesalahan ini didakwa dilakukan di sebuah premis di Setia Alam, Seksyen U13 di sini antara 6 Jun hingga 29 November 2016.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama seorang penjamin bersama syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM pada awal setiap bulan.

Peguam B. Chandrateeban memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan susulan anak guamnya adalah penanggung utama keluarga

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM 17,00 bersama penjamin beserta syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 17 Ogos depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya