Badminton lulus ujian pertama di Birmingham

Badminton lulus ujian pertama di Birmingham

TAN Kian Meng-Lai Pei Jing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia membuka kempen badminton Sukan Komanwel dengan garang apabila membelasah Zambia 5-0 dalam acara berpasukan campuran, Kumpulan D di Birmingham, sebentar tadi.

Gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menghadiahkan mata pembukaan Malaysia  apabila menang mudah 21-6, 21-3 ke atas Kalombo Mulenga -Ogar Siamupangila.

Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang membuat penampilan pertama pada temasya itu juga unggul untuk mencatat kemenangan 21-9, 21-8 ke atas Chongo Mulenga.

NG TZE YONG

Goh Jin Wei pula seakan terlalu sukar untuk ditentang lawan Elizabeth Chipeleme apabila menang dengan keputusan 21-1, 21-2 untuk menghadiahkan mata ketiga negara.

Zambia sekali lagi menurunkan Kalombo Mulenga dan Chongo Mulenga untuk acara beregu lelaki, namun mereka bergelut untuk menandingi pasangan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menang dengan keputusan 21-13, 21-9.

Pearly Tan dan M.Thinaah melengkapkan kemenangan mutlak Malaysia dalam perlawanan pembukaan ini apabila mudah menewaskan Ogar Siamupangila dan Elizabeth Chipeleme yang turun sekali lagi dengan keputusan 21-3, 21-5.

Malaysia akan turun sekali lagi menentang Jamaica pada pukul 2 pagi nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya