Aniq rangkul emas pertama Malaysia di Komanwel 2022

Aniq rangkul emas pertama Malaysia di Komanwel 2022

ANIQ Kasdan menjadi taruhan negara dalam acara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Badang’ negara, Aniq Kasdan mempamer kebangkitan hebat untuk memintas atlet India, Sanket Mahadev Sargar dalam kategori 55 kilogram (kg), sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebentar tadi

Atlet berusia 20 tahun ini pada awal awalnya mengekori rapat Sanket dalam acara snatch untuk mencatat angkatan seberat 107kg.

Memasuki acara clean and jerk, Aniq bermula dengan baik apabila melakukan angkatan 138kg, namun memasuki angkatan kedua dia alami kesukaran.

 

Peluang buat Aniq tatkala Sanket mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri ketika mahu melakukan percubaan kedua dan memberi kesukaran untuknya membuat angkatan di percubaan ketiga.

Melihatkan situasi tersebut, Aniq mengambil peluang dan berjaya melakukan angkatan 142kg untuk mengumpul angkatan keseluruhan 249kg, yang juga rekod baharu temasya.

Pingat gangsa milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka.

Selepas ini seorang lagi badang negara, Aznil Bidin bakal turun dalam acara 61kg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya