Aaron-Wooi Yik mahu buang badi separuh akhir

Aaron-Wooi Yik mahu buang badi separuh akhir

AARON Chia dan Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir akhir Malaysia Masters.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuatkan peminat badminton tanah air cemas seketika sebelum menang ke atas pasangan Taiwan, Po Li-Wei-Chang Ko-Chi pada suku akhir beregu lelaki Malaysia Masters 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pasangan No. 6 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 23-21, 21-16 ke atas gandingan 609 dunia tersebut.

Pada separuh akhir esok, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan laluan yang jauh lebih getir  berdepan beregu handalan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

PASANGAN Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto bakal menanti Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Rekod pertemuan memihak  pasangan Malaysia 3-2.

Begitupun kali terakhir mereka bertemu pada Terbuka Thailand, Mei lalu berkesudahan beregu Indonesia yang menghuni ranking No. 5 dunia itu menang 19-21, 14-21.

“Kami hanya fokus kepada permainan dan menikmati perlawanan bagi elak tekanan,” kata Aaron.

Mengulas aksi separuh akhir yang sering menjadi badi buat mereka, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu dalam nada bergurau berkata, pertemuan esok perlu dianggap seperti pertemuan pusingan pertama.

AARON Chia dan Soh Wooi Yik.

“Jadi, esok masuk gelanggang kena anggap perlawanan itu bukan separuh akhir, tapi pusingan awal,” ujarnya.

Bercakap tentang cabaran getir daripada Fajar-Rian, Aaron mengakui lawan mereka  pencabar yang hebat dan mereka perlu fokus serta cuba bermain dengan lebih tenang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya