Zii Jia mahu rampas No. 1 dunia

Zii Jia mahu rampas No. 1 dunia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Malaysia untuk melihat perseorangan badminton lelaki negara kembali merampas takhta No. 1 dunia bukan mustahil, dan Lee Zii Jia meletakkan sasaran untuk mencapai misi itu dua tahun dari sekarang.

Ia penantian yang cukup lama sejak kali terakhir Malaysia memiliki pemain No. 1 dunia menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

Begitupun, Zii Jia yang kini menghuni ranking kelima dunia menegaskan, misi mencabar kedudukan No. 1 mampu dicapai, malah mungkin lebih awal daripada yang disasarkan selepas merangkul gelaran ketiga pada Terbuka Thailand bulan lalu.

“Kalau dilihat, kecuali (Viktor) Axelsen, mungkin semua pemain dalam kelompok 10 terbaik ada peluang sama rata untuk capai nombor dua dunia tapi Axelsen, dia agak stabil tahun ini.

“Bagaimanapun saya harap dapat raih (nombor satu dunia) sebelum bermula Sukan Olim­pik Paris 2024,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Persiapan Zii Jia untuk sai­ngan di Indonesia Masters, Selasa depan dan seterusnya Terbuka Indonesia pada 14 Jun juga turut istimewa apabila berpeluang berlatih bersama jaguh Taiwan, Chou Tien Chen yang bertandang ke Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Zii jia akan menghadapi dua tembok Thailand di pusingan pertama untuk kedua-dua saingan di Indonesia bermula dengan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019, Kantaphon Wongcharoen pada ­Indonesia Masters, dan seminggu kemudian, Sitthikom Thamassin di Terbuka Indonesia

“Saya rasa kalau dua pemain ini dalam keadaan terbaik, bukan senang nak bermain dengan mereka, walaupun keadaan kini nampak prestasi saya lebih bagus, bagi saya setiap perlawanan tetap penting.

“Saya tetap akan fokus terhadap permainan saya, bagi pastikan saya akan kekal dengan standard saya ketika ini, dan seandainya kalah, saya tetap ber­puas hati, kerana keutamaan saya adalah untuk stabil dalam setiap perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya