Wee Kiong-Kian Meng mahu buang badi

Wee Kiong-Kian Meng mahu buang badi

TAN Kian Meng (kanan) dan Tan Wee Kiong. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong berazam mahu memanfaatkan sokongan padu penyokong tempatan pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia bagi membantu mereka membuang badi  kerap terkandas di pusingan kedua dalam sebarang kejohanan mereka sertai.

Untuk musim ini, Kiang Meng-Wee Kiong belum pernah melepasi hingga ke peringkat suku akhir sepanjang menyertai tujuh kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak Terbuka Jerman pada Mac.

Kali terakhir mereka berjaya mara ke suku akhir adalah ketika Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, Disember tahun lalu.

Hari ini, beregu No. 64 dunia itu dikerah sehingga rubber-set sebelum melakar 18-21, 21-15, 21-17 ke atas pasangan No. 30 dunia dari Denmark, Jeppe Bay-Lasse Molhede pada pusingan pembukaan.

LANGKAH Kian Meng dalam saingan beregu campuran tersekat selepas gandingannya bersama Lai Pei Jing tewas di tangan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Ia juga penawar buat Kian Meng selepas gandingannya bersama Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran, tewas kepada rakan sepasukan, Goh Soon Huat dan Shevon Lai pada sesi sebelah pagi.

Namun cabaran lebih getir menanti Kiang Meng dan Wee Kiong di pusingan kedua apabila dijadualkan bertemu pasangan meningkat naik dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi, yang masih lagi segar dengan gelaran Terbuka Indonesia.

Yu Chen merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama Li Jun Hui namun dia kini digandingkan dengan Xuan Yi setelah Jun Hui umumkan persaraan pada November 2021.

“Saya gembira dapat menang ke atas pasangan Denmark itu, tetapi saya harap kami akan lebih fokus untuk perlawanan selepas ini, sebab kami dapat rasakan suasana dalam gelanggang amat berbeza ketika kami mengujinya sebelum ini.

“Saya rasa dalam acara beregu lelaki, semua pasangan mempunyai kualiti tersendiri, dan kami akan membuat persedian rapi menghadapi mereka (Yu Chen & Xuan Yi).” ujar Wee Kiong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya