Sivasangari

Terbabit kemalangan, Sivasangari lupakan Sukan Komanwel

S. Sivasangari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat pada Sukan Komanwel di Birmingham musnah selepas bintang skuasy negara itu terlibat dalam kemalangan kereta semalam.

Menurut Pengarah Persatuan Raket Squasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam, Sivasangari yang sepatutnya menjadi pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan temasya bulan depan kini dirawat di Hospital Putrajaya.

“Sivasangari cedera di kepala dan badan, saya nak ke sana (hospital) melawat dia, apa yang kita (SRAM) tahu sekarang Siva tidak dapat bermain untuk Komanwel. Saya sangat sedih dan kecewa perkara ini boleh berlaku.

“Petang ini, saya akan berbincang dengan para jurulatih mengenai siapa yang bakal menggantikan Sivasangari, kami mengadakan perbincangan awal pagi tadi, petang ini kita akan tengok beberapa persembahan di gelanggang kemudian kami akan berbincang untuk mengadakan beberapa perubahan,” katanya yang dipetik kepada Bernama.

AHMAD Faizal Azumu menziarahi keluarga S. Sivasangari di Hospital Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menziarahi Sivasangari hari ini berkata, pemain berusia 23 tahun itu kini dalam keadaan stabil dan ditemani ahli keluarga.

“Pihak Hospital Putrajaya juga telah memberi jaminan Sivasangari akan dipantau dengan begitu rapi.

“Sivasangari salah seorang atlet yang menjadi sandaran utama menyumbang pingat buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini. Beliau juga telah dinamakan sebagai pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia untuk temasya tersebut.

“Ketika ini, ada kemungkinan Sivasangari tidak dapat beraksi mewakili negara ke Sukan Komanwel. Pihak MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) akan memantau perkembangan dan akan berbincang dengan SRAM,” kata Ahmad Faizal di media sosial.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan bahawa seorang wanita cedera di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada pukul 3.46 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya