Tang Jie-Valeree kejutkan beregu Jepun, Pearly-Thinaah turut mara

Tang Jie-Valeree kejutkan beregu Jepun, Pearly-Thinaah turut mara

CHENG Tang Jie (jatuh) dan Valeree Siow memberi aksi terbaik ketika menewaskan pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran, Chen Tang Jie-Valeree Siow mencipta kejutan ke atas pasangan No. 16 dunia, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo menerusi kemenangan rubber-set pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini, semalam.

Gandingan muda negara yang baru dua minggu dipasangkan itu menyingkirkan Kaneko dan pemenang pingat emas beregu wanita Sukan Olimpik Rio, Matsutomo 21-16, 14-21, 21-10 dalam masa 54 minit.

Menghuni ranking ke-209 dunia, Tang Jie-Valeree mula mempamerkan keserasian yang baik pada penampilan sulung mereka di Terbuka Indonesia apabila mara sehingga ke suku akhir.

Tang Jie, 24, ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tamat berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk mencari keserasian dengan Valeree.

AKSI Cheng Tang Jie dan Valeree Siow ketika menentang pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Valeree seorang pemain yang bagus, dia mampu bermain baik di belakang dan kelebihannya itu membolehkan saya berada di depan.

“Mungkin kombinasi ini menyebabkan lawan sukar untuk membaca permainan kami,” katanya.

Laluan lebih getir menanti beregu Malaysia itu apabila dijangka bertemu pilihan kedua dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong yang merupakan bekas juara dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Si Wei-Ya Qiong tidak berdepan masalah menyingkirkan satu lagi beregu campuran Malaysia, Ho Pang Ron-Toh Ee Wei 21-17, 21-18.

Mengulas mengenai pertemuan dangan gandingan handalan China itu, Tang Jie mengakui laluan mereka pada pusingan kedua bukanlah mudah, tetapi dia dan Valeree menjanjikan saingan sengit pada pertemuan itu nanti.

PEARLY Tan-M. Thinaah menentang pasangan China, Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, dalam aksi beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan mara ke pusingan kedua setelah menumpaskan beregu No. 21 dunia dari China, Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting 22-20, 21-14.

Pearly ketika ditemui selepas perlawanan melahirkan rasa kurang selesanya dengan keadaan gelanggang yang berangin.

“Saya tidak begitu gembira dengan kondisi gelanggang, harap dalam aksi pusingan kedua kami dapat perbaiki lagi persembahan walaupun terpaksa berdepan dengan masalah sama,” ujarnya.

Ketika ditanya pencabar yang bakal mereka temui pada peringkat seterusnya, pemain berusia 20 tahun itu menjelaskan, siapa pun lawan mereka kelak, fokus dia dan Thinaah adalah kepada permainan mereka sendiri.

Beregu negara yang menghuni ranking No. 10 dunia itu bakal turun beraksi menentang satu lagi gandingan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu yang mengejutkan pilihan ketujuh dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-10, 21-8. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya