IPOH: Berwajah baharu, Perak FC turun dengan semangat dan keyakinan tinggi apabila menentang Kelantan United dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.
Kehadiran pemain baharu, termasuk trio import meningkatkan keyakinan Ketua Jurulatih Bos Gaurus, Yusri Che Lah.
Pemain-pemain baharu yang mengetuaikan skuad Yob pada pusingan kedua liga adalah Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor, Hafiz Ramdan, Randy Baruh serta Zamir Selamat.
Tiga pemain lagi pemain iaitu Stipe Plazibat dari Republic Croatia, Luciano Guaycochea dari Argentina dan Sunday Kolawole Afolabi dari Nigeria adalah tiga pemain import yang memperkukuhkan pasukan Yob.
“Saya teruja dengan perkembangan baru dalam pasukan.
“Sudah tentu saya mengharapkan perubahan nasib pasukan selepas menghadapi pusingan pertama yang sukar.
“Saya nampak sinar di hujung terowong dan berharap ia menjadi realiti selepas perlawanan, semoga nasib Perak berubah berikutan tindakan pemilik kelab,” katanya.
Yusri berkata, jika bokeh dia mahu menurunkan barisan terkuatnya dalam perlawanan dengan Kelantan United nanti tetapi tidak mahu terburu-buru kerana pemain import baru menyertai pasukan.
“Tengoklah macam mana nanti, jika keadaan menizinkan saya akan turunkan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE