'Risikan' Aaron-Wooi Yik bawa hasil positif

‘Risikan’ Aaron-Wooi Yik bawa hasil positif

AKSI Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik ketika membalas pukulan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - UTUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesempatan beraksi sehari lewat memberi kelebihan buat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjinakkan wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Sato Mereka akhirnya 21-18, 21-19 pada pusingan pertama badminton Terbuka Malaysia hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu membuat kerja rumah yang cukup rapi, bukan sahaja mengkaji gerak geri lawan, malah mendapat info tambahan daripada rakan sepasukan yang turun ke gelanggang sehari awal pada Selasa, untuk mendapatkan gambaran rapi keadaan angin di dalam gelanggang.

Kebanyakkan pemain sebelum ini mengadu hal laju angin di Axiata Arena, Bukit Jalil ketika hari saingan agak kuat berbanding ketika sesi ujian gelanggang.

“Saya beruntung sebab saya sebilik dengan Tee Kai Wun, dan dia ada berkongsi keadaan gelanggang yang cukup berbeza ketika kami mengujinya sebelum ini.

 

“Saya gunakan info itu untuk memberikan kelebihan buat kami bila menentang Koga-Sato dan strategi itu menjadi,” kata Wooi Yik.

Kemenangan tersebut melunaskan dendam  kekalahan Aaron-Wooi Yik kepada pasangan Jepun itu ketika pusingan kedua Terbuka Denmark Oktober tahun lalu.

Selepas ini Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan pasangan meningkat naik dari Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean yang membuat kejutan menyingkirkan beregu Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk ketika pusingan pertama.

Aaron dan Wooi Yik kini dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak menerima nasib serupa,  disingkirkan secara mengejut oleh lawan tidak ternama.

“Walaupun kami pernah menang ke atas pasangan Singapura itu, kami tidak akan pandang rendah, sebab mereka pun semakin bagus, tetapi kami akan kekal dengan fokus kami, untuk cuba jadi juara di tempat sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya