PM ucap tahniah, harap Speedy Tigers gegar Asia

PM ucap tahniah, harap Speedy Tigers gegar Asia

Jurulatih Malaysia memberikan penerangan kepada pemain ketika aksi bertemu Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Super 4 Piala Asia 2022.-Gambar Ihsan MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Speedy Tigers yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia.

Ismail Sabri dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi harapan negara untuk memenangi perlawanan akhir ‘Super 4’ Piala Asia 2022 pada malam ini.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada skuad hoki kebangsaan yang layak ke perlawanan akhir Piala Asia 2022.

“Kita berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini,” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut melahirkan harapan agar skuad Speedy Tigers dapat membuktikan Malaysia mampu menggegar Asia pada edisi kali ini.

Semalam, Malaysia mengesahkan tiket ke final selepas menewaskan Jepun 5-0 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno manakala Korea Selatan mara selepas berjaya mengikat India 4-4.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya