PM turun buat kali kedua beri sokongan kepada Harimau Malaya

PM turun buat kali kedua beri sokongan kepada Harimau Malaya

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini meluangkan masa menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh.

Perdana Menteri tiba di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada pukul 8.50 malam dan disambut oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin serta kepimpinan tertinggi badan induk itu.

Turut hadir bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hampir 50,000 penyokong setia skuad kebangsaan membanjiri stadium termasuk Ultras Malaya yang merancakkan suasana menerusi paluan gendang sambil bersorak dan menyanyi.

Ini merupakan kali kedua Perdana Menteri turun memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya selepas turun ke Stadium Nasional di Bukit Jalil Sabtu lalu ketika Malaysia menentang Bahrain.

Pada malam ini, skuad bimbingan Kim Pan Gon turun dalam misi mencari kemenangan bagi mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia pada tahun hadapan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya