Perubahan taktikal babak kedua beri impak - Balachandran

Perubahan taktikal babak kedua beri impak – Balachandran

PERTAHANAN Mekaka United, Mohd. Fadhli Shas (kanan) bersaing dengan penyerang Sarawak United, Francis Kone dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perubahan taktikal terutamanya pada babak kedua memberikan impak besar kepada Sarawak United (SUFC) untuk meraih kemenangan 3-2 mengatasi Melaka United  kelmarin.

Kali pertama membimbing SUFC, S. Balachandran bangga kebangkitan mendadak anak buahnya selepas ketinggalan dua kali pada aksi di Stadium Hang Jebat.

Tegasnya, selepas mengambil alih pasukan beberapa beberapa perubahan drastik dilakukan termasuklah menekankan aspek pergerakan pantas pada corak permainan, menyerang dan bertahan.

 

PERTAHANAN Sarawak United, Gonzalo Soto (dua dari kanan) mengawal bola ketika menentang Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Ketika mengambil alih pasukan dia melihat tugasan amat berat tambahan kedudukan pasukan yang berada di kelompok bawah liga, walaupun tiada sebarang tekanan daripada pengurusan namun saya perlu bekerja kuat untuk membentuk pasukan.

“Apa yang penting pemain gembira menjalani latihan dan ketika perlawanan menerusi motivasi serta semangat tinggi mereka seperti yang dibuktikan dalam perlawanan malam ini,” katanya.

SUFC kini berada di kedudukan ketujuh selepas 11 perlawanan dengan mengutip 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan tujuh kekalahan.

Selepas ini SUFC akan bertandang ke Stadium Darul Aman menentang Kedah pada 19 Julai dan tempoh rehat yang panjang pastinya memberikan manfaat kepada Balachandaran untuk merangka strategi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya