PETALING JAYA : Hasrat untuk melihat wakil tunggal negara, Pearly Tan dan M.Thinaah yang beraksi di Kejohanan Indonesia Masters mara ke final tidak kesampaian apabila tumbang kepada wakil tuan rumah, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di Jakarta, sebentar tadi.
Pearly dan Thinaah yang berada di ranking ke 10 dunia tampil aksi meyakinkan apabila ungguli set pertama dengan keputusan 23-21.
Namun sokongan padu penyokong tuan rumah di Istora Senayan memberikan semangat buat Apriyani dan Siti untuk tawan set kedua, 14-21 bagi heret perlawanan ke “rubber set”.
Pearly dan Thinaah cuba berikan tentangan namun ia tidak cukup untuk menghalang Apriyani dan Siti melangkah ke pusingan akhir dengan keputusan 14-21 di set ketiga.
Menanti Apriyani dan Siti di final merupakan pilihan pertama kejohanan dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan. – UTUSAN ONLINE