Pelumba remaja negara raih emas di New Delhi

Pelumba remaja negara raih emas di New Delhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba pelapis negara, Nyo Ci Hui mempamer kayuhan sensasi untuk memenangi pingat emas acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di New Delhi, hari ini.

Bintang dalam pembikinan kelahiran Perak berusia 18 tahun itu mengetepikan cabaran lapan pelumba lain untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 7.5 kilometer (km) di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Dalam saingan 30 pusingan itu, pelumba Jepun, Mizuki Ikeda, meraih pingat perak, manakala gangsa milik pelumba Uzbekistan, Sofiya Karimova.

“Seluruh pasukan sangat gembira dengan pencapaian Nyo kerana kegigihan dia menjalani latihan dan pada masa sama perlu membahagikan masa menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang lalu,” kata pengurus pasukan, Mohd. Saiful Abdul Jalil.

Sementara itu, Yong Ann Tung turut menaiki podium selepas mengatasi pelumba senegara Azwa Nabila Abdullah untuk merebut pingat gangsa dalam acara pecut remaja.

Emas menjadi rebutan pelumba Korea Selatan apabila Na Yunseo mengecewakan Kim Chaeyeon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya