Pearly-Thinaah tak sabar nak rasai gegak gempita Axiata

Pearly-Thinaah tak sabar nak rasai gegak gempita Axiata

M. THINAAH dan Pearly Tan tidak sabar untuk beraksi di Axiata Arena pada aksi pertamaTerbuka Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan tiket kejohanan hampir ‘licin’ gara-gara dua tahun Malaysia tidak menganjurkan pertandingan badminton akibat Covid-19, Axiata Arena Bukit Jalil bakal kembali gegak gempita apabila Terbuka Malaysia membuka tirai hari ini.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah antara yang tidak sabar untuk merasai pengalaman beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah, apatah lagi ini penampilan sulung Thinaah dalam kejohanan itu.

Jualan tiket yang hampir habis dijual sudah cukup memberi bayangan awal Axiata Arena bakal bergegar dengan sorakan penyokong tempatan.

Kata Thinaah, dia tidak gementar untuk beraksi di depan penyokong sendiri, sebaliknya teruja dan bermotivasi untuk memberikan persembahan terbaik.

M. THINAAH (kiri) dan Pearly Tan.

“Selepas menyaksikan sorakan padu penyokong Indonesia kepada pemain mereka sewaktu kami beraksi pada Terbuka Indonesia minggu lalu, saya mula berasa teruja menjelang Terbuka Malaysia.

“Saya memang mengharapkan sambutan serupa bakal kami terima sebaik pertandingan bermula, minggu ini. Kami berasa sangat bertenaga dan memang tidak sabar untuk beraksi,” kata beregu No. 10 dunia itu.

Pearly pula memberitahu, selama dua tahun Malaysia menyepi tanpa pertandingan besar dan tahun ini, peluang beraksi di depan penyokong sendiri memang amat dinantikannya.

Mengulas mengenai lawan yang bakal dihadapi, pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan, siapa pun lawan mereka nanti, akan diharungi satu demi satu.

“Cuma apabila bermain di depan penyokong sendiri, dengan pencapaian yang kami lakukan sebelum ini telah meningkatkan keyakinan kami menjelang Terbuka Malaysia,” ujarnya.

Pearly-Thinaah akan memulakan kempen dengan menenang pasangan No. 21 dunia, Yu Xuan Xuan-Xia Yu Ting dari China pada pusingan pertama esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya