Malaysia terlepas peluang rangkul kejuaraan hoki Piala Asia 2022

Malaysia terlepas peluang rangkul kejuaraan hoki Piala Asia 2022

Malaysia tumpas 1-2 kepada Korea Selatan dalam final Piala Asia 2022 di Jakarta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menjulang Piala Asia buat kali pertama tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada Korea Selatan di pentas akhir di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) itu, gol kemenangan Korea Selatan terhasil pada minit ke-52 melalui serangan balas pantas yang disempurnakan Hwang Taeil untuk menghampakan Malaysia.

Dalam perlawanan akhir itu, Korea Selatan terlebih dahulu berada di depan 1-0 selepas Jung Manjae menjaringkan gol padang pada minit ke-17 melalui pukulan deras bagi menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman.

Tersentak dengan jaringan itu, Speedy Tigers yang dibimbing Arul Selvaraj memperkemas permainan dan hasilnya Mohamad Syafiq Syed Cholan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 juga menerusi jaringan padang.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga suku keempat bersambung yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada suku terakhir itu dan akhirnya Korea Selatan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52.

Pemain Malaysia mengekang pergerakan pemain korea Selatan.

Skuad Speedy Tigers cuba melakukan kebangkitan sekali lagi untuk mencari gol penyamaan namun, segala-galanya sudah terlewat apabila keputusan 1-2 itu kekal sehingga tiupun wisel penamat oleh pengadil perlawanan.

Untuk rekod, sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah bergelar naib juara 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya