Malaysia ke Piala Asia

Malaysia ke Piala Asia

Malaysia layak ke Piala Asia 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Malaysia mencatatkan sejarah baharu dengan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh, 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan diraih anak didik Kim Pan Gon ini meletakkan Malaysia selaku naib juara Kumpulan E dan berada dikalangan lima terbaik dari enam kumpulan.

Tidak menyenaraikan Farizal Marlias selaku penjaga gawang, Harimau Malaya bermula garang menerusi percubaan ketua pasukan, Syafiq Ahmad pada minit kelima yang terkena tiang gol.

Selang tiga minit kemudian, giliran Safawi Rasid pula hampir menggamatkan sorakan penyokong Malaysia namun sepakan guntingnya sedikit melewati palang ketika penjaga gawang Bangladesh, Anisur Rahman hanya mampu memerhati.

Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya bergema selepas Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-16 untuk meletakkan Malaysia didepan.

Kegembiraan penyokong Harimau Malaya tidak bertahan lama apabila Bangladesh menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan, Mohamad Ibrahim pada minit ke-31 untuk menewaskan Ahmad Syihan yang kali pertama diturunkan selaku kesebelasan utama skuad kebangsaan.

Gol tersebut tidak melemahkan semangat anak didik Pan Gon yang akhirnya memperolehi gol kedua dan kali ini menerusi rembatan padu, pemain yang berkelana bersama kelab FC Midtjylland, Dion Cools pada minit ke-37.

Malaysia hampir memiliki kelebihan dua gol namun ketangkasan Anisur menyelamatkan tandukan Syafiq diatas garisan gol memastikan kedudukan 2-1 kekal pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, kerancakan sokongan padu kira-kira 52,964 penyokong Malaysia nyata menyemarakan semangat pemain Harimau Malaya.

Akhirnya gol ketiga muncul pada minit ke-47 dan kali ini menerusi tandukan Syafiq untuk menewaskan Anisur buat kali ketiga.

Malam gemilang Harimau Malaya diteruskan dengan jaringan gol keempat menerusi Darren Lok yang masuk sebagai pemain gantian selepas mudah menolak masuk bola hantaran Akhyar Rashid pada minit ke-73 untuk gol keempat.–UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya