Mahmoud Mardi lengkapkan import Kedah

Mahmoud Mardi lengkapkan import Kedah

Mahmoud Mardi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melengkapkan senarai lima pemain import pada jendela perpindahan kedua musim ini apabila secara rasmi mengumumkan kedatangan pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Nayef Ahmad Mardi, tengah malam tadi.

Menerusi pengumuman dibuat di laman media sosialnya, KDA FC memaklumkan, khidmat pemain berusia 28 tahun itu diperolehi secara pinjaman bagi membantu Sang Kenari mengharungi baki perjalanan Liga Malaysia selain aksi Piala AFC 2022 di Denpasar, Bali.

Sebaik melapor diri bersama KDA FC di ibu kota semalam, Mahmoud turut bersama pasukan baharunya itu terbang ke Bali hari ini bagi mengharungi kejohanan tersebut.

Kehadiran pemain berketinggian 1.8 meter itu dilihat mampu menggerakkan jentera tengah pasukan KDA FC yang selama ini dilihat ketandusan idea bagi melorongkan bola kepada penyerang utama mereka, Ronald Ngah Wanja, selain terlalu bergantung harap kepada seorang lagi pemain import, Dechi Marcel di posisi berkenaan.

Selain itu, Mahmoud turut memiliki reputasi sebagai seorang pemain yang mempunyai ketajaman dalam menjaringkan gol.

Dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang baru berakhir minggu lalu, Mahmoud turut menyumbangkan satu daripada tiga gol dihasilkan Jordan, bagi membantu pasukan itu menundukkan Kuwait pada perlawanan terakhir mereka.

Tahun lalu, dia turut menjadi antara tonggak yang membawa kelab Bahrain, Al-Muharraq menjuarai Piala AFC 2021.

Menerusi pengumuman dibuat KDA FC dalam laman media sosial rasminya, pemain tersebut bakal menyarung jersi nombor 10 untuk musim ini.

Selain Mahmoud, Ronald dan Dechi, dua lagi pemain import KDA FC adalah pemain kebangsaan Andorra, Marc Vales yang dikekalkan sejak awal musim serta pemain dari Thailand, Sanrawat Dechmitr yang baru diikat minggu lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya