Liverpool, United berebut Nunez

Liverpool, United berebut Nunez

DARWIN NUNEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketika Manchester United dikatakan semakin hampir menandatangani penyerang sensasi Uruguay, Darwin Nunez, musuh ketat mereka, Liverpool sedia mencantas Red De­vils de­ngan menjadi pesaing baharu.

Nunez, 22, yang cemerlang bersama Benfica musim ini dilihat sebagai calon terbaik Reds untuk menggantikan Sadio Mane yang bakal menyertai Ba­yern Munich.

Pada masa sama, United yang bakal dibimbing pengurus baharu, Erik Ten Hag juga terdesak untuk membawa Nunez ke Old Trafford bagi memulihkan kembali reputasi kelab berkenaan.

Begitupun, bukan Liverpool dan United sahaja yang mengejar Nunez kerana terdapat laporan beberapa kelab elit Eropah turut mengintai peluang mendapatkan bintang Uruguay itu.

Nunez mempamer aksi hebat bersama Benfica musim ini de­ngan menjaringkan 34 gol di Portugal, selain membawa kelab ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Menurut media Portugal, pengendali ­Li­verpool, Jurgen Klopp ‘terpikat’ dengan Nunez ketika melihat aksi pemain itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, 14 April lalu. Benfica mengikat Reds 3-3 dan Nunez turut meledak gol penyamaan.

AKSI Darwin Nunez (kiri) ketika membantu Benfica mengikat Liverpool 3-3 pada suku akhir Liga Juara-Juara, April lalu memikat Jurgen Klopp.

Nunez mempunyai klausa pelepasan 150 juta euro (RM750 juta), namun Benfica sedar agak mustahil untuk mendapatkan harga yang diletakkan, dan sedia melepaskan pemain itu pada harga 100 juta euro (RM470 juta).

Walaupun United berdepan musim mengecewakan dan gagal ke Liga Juara-Juara musim depan, Nunez dikatakan berminat menyertai projek pembinaan semula oleh Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya