Kian Meng-Pei Jing akur di tangan Soon Huat-Shevon

Kian Meng-Pei Jing akur di tangan Soon Huat-Shevon

TAN KIAN MENG-LAI PEI JING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 9 dunia, Tan Kian Ming-Lai Pei Jing tersingkir seawal pusingan pertama apabila tunduk kepada rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam permainan yang diheret sehingga ke set penentuan pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, dekat sini hari ini.

Pertembungan sesama sendiri pasangan Malaysia itu berkesudahan Kian Meng-Pei Jing tewas 18-21, 21-19, 18-21 kepada Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking No. 14 dunia dalam aksi yang berlanjutan hampir sejam.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, pasangan muda negara, Chang Yee Jun-Yap Roy King yang menghuni ranking ke-133 dunia gagal mencipta kejutan ke atas beregu No. 45 dunia, Liu Yu Chen-Qu Xian Yi dari China 14-21, 18-21.

Roy King ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, pengalaman telah memberi kelebihan kepada gandingan China yang berjaya menghalang mereka melakar kejutan.

“Kami berusaha memberikan tentangan, namun, lawan bermain lebih baik. Sudah tentu kami tidak berpuas hati dengan persembahan, hari ini, tetapi ia memberi pelajaran yang berguna buat kami,” katanya.

Melakukan penampilan sulung pada Terbuka Malaysia, pemain berusia 21 tahun itu berharap kejohanan tersebut menjadi satu titik permulaan untuk dia dan Yee Jun mengorak langkah lebih jauh selepas ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya