Keadaan angin resahkan Astrup, Rasmussen

Keadaan angin resahkan Astrup, Rasmussen

ANDERS Skaarup Rasmussen (belakang) dan Kim Astrup antara pilihan untuk menjuarai Terbuka Malaysia yang membuka tirai esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu No. 9 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark menyuarakan kebimbangan terhadap gelanggang di Axiata Arena, Bukit Jalil yang agak berangin menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 yang bermula esok.

Kata Astrup selepas sesi menguji gelanggang semalam, keadaan tersebut sedikit membimbangkannya dan berharap pihak penganjur dapat mengatasi isu itu sebelum pertandingan bermula.

“Keadaan gelanggang memang terasa berangin, saya harap keadaan ini akan berubah selepas pelarasan dibuat 100 peratus.

“Dengan kehadiran penyokong nanti, mungkin keadaan tidak akan sama,” katanya.

Gandingannya, Rasmussen pula, melahirkan rasa terujanya dapat kembali semula ke Malaysia selepas dua tahun.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di sini, walaupun ada angin, saya masih berpuas hati dengan keadaan gelanggang dan pencahayaan juga bagus,” ujarnya.

Pemain berusia 33 tahun itu memberitahu, bermain di Malaysia sentiasa mencabar dengan kembalinya penyokong tempatan ke dalam stadium.

Tambahnya, Malaysia yang turut memiliki beregu yang handal berserta jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang semakin mampamerkan peningkatan prestasi bakal membuat penonton bertambah teruja menjelang Terbuka Malaysia.

“Saya menjangkakan kami bakal menerima cabaran getir di sini, tetapi selepas beraksi baik pada Terbuka Indonesia, kami berharap dapat melangkah lebih jauh di Malaysia juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya