Impian Aaron, Wooi Yik untuk ke final berkecai

Impian Aaron, Wooi Yik ke final berkecai

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melangkah ke perlawanan akhir badminton Terbuka Indonesia berkecai.

Dalam aksi separuh akhir sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik tumpas 18-21,13-21 kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam masa 38 minit.

Dalam aksi di Stadium Istona Senayan itu, pasangan negara cuba memberi saingan pada set pertama namun terpaksa akur tewas 18-21 kepada pasangan China itu.

Bersambung set kedua, permainan serba tidak menjadi buat Aaron-Wooi Yik dan mereka dilihat melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya sebelum tewas mudah 13-21.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik ketika ini berkedudukan No.7 dunia manakala, pasangan China itu jauh lebih rendah berbanding beregu Malaysia dan ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasangan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya