City masih ‘bernafsu’ buru pemain

City masih ‘bernafsu’ buru pemain

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City belum puas memburu pemain walaupun sudah mengikat ­Erling Haaland dan mendapatkan Julian Alvarez dari River Plate musim depan.

Pengerusi kelab, Khaldoon Al-Mubarak berkata, The Citizens menyasarkan dua lagi pembelian besar pada musim panas ini untuk membuktikan ke­seriusan mereka memburu lebih banyak kejayaan.

City sebelum ini mendapatkan bintang sensasi Norway, Haaland pada harga 51 juta pound (RM282 juta) daripada Borussia Dortmund, manakala Alvarez diperolehi dengan harga 14 juta pound (RM77.37 juta).

Kehadiran Haaland, 21, yang meledak 86 gol dalam 89 perlawanan bersama Borussia mampu menajamkan jentera sera­ngan City, namun gergasi Liga Perdana itu masih belum ber­puas hati dengan kekuatan yang dimiliki.

“Saya boleh sahkan ada lagi pemain akan datang. Kami mahu menguatkan pasukan di bahagian yang kami perlu ­kuatkan.

“Seperti yang anda tahu, setiap musim sebahagian pemain akan meninggalkan pasukan dan kemudian kami perlu terus menguatkannya. Sekali lagi kami sentiasa menguatkan pasukan.

“Saya rasa kami sudah membuat dua pembelian penting tetapi kami akan dapatkan beberapa lagi pemain.

“Kami akan melakukannya secepat mungkin, tetapi anda tahu bagaimana pasaran ketika ini, ia tidaklah semuanya dalam kawalan kami,” kata ­Al-Mubarak.

City mungkin cemerlang dalam saingan domestik de­ngan sudahpun memiliki semua kejuaraan yang ditawarkan, namun kelab Manchester itu masih gagal menjulang trofi Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya