CEO baharu mahu lakukan 'pembersihan' Perak FC

CEO baharu mahu lakukan ‘pembersihan’ Perak FC

BOBIE FARID SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin secara rasmi akan memasuki pejabat kelab itu di sini.

Berdasarkan kenyataannya, CEO Perak FC itu mahu melakukan ‘pembersihan’ dalam kelab.

“Esok (hari ini) hari pertama saya masuk pejabat. Sehubungan itu saya akan meneliti semua laporan serta prestasi pegawai sepanjang enam bulan.

“Ada yang duduk saja selama enam bulan tanpa berbuat apa-apa, kami akan kaji kontrak .

“Jadi mereka kena beri sebab dan penjelasan sebelum kami mengambil tindakan terhadap pesalah laku.

“Kita sudah bayar semua gaji mereka, jadi jika ada salah laku akan dikenakan tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Farid, yang juga CEO One XOX Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat XOX, syarikat telekomunikasi itu memiliki Perak FC tanpa sebarang aset.

Katanya, mereka hanya ada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan serta pekerja kelab.

“Lain aset tidak ada, jadi kami kena mula fikirkan bagaimana hendak punyai aset terutama padang latihan, stadium dan pejabat sendiri.

“Ini adalah perkara pokok dan asas yang perlu ada oleh sebuah kelab bola sepak, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya