Bukan sekadar bidan terjun

Bukan sekadar bidan terjun

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun dianggap bidan terjun apabila menggantikan jaguh Asia, Lee Zii Jia pada saat akhir untuk mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel bulan depan, namun Ng Tze Yong melaungkan amaran dia turun untuk memburu pingat di Birmingham.

Pemilihan Tze Yong menggantikan Zii Jia, yang menarik diri kerana mahu memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia diibaratkan seperti langit dan bumi, sekali gus menyukarkan peluang Malaysia mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki yang dimenangi Datuk Lee Chong Wei di Gold Coast 2018.

Tze Yong, 22, yang kini menghuni ranking ke-48 dunia mungkin berdepan jaguh handalan seperti juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, selain dua bintang India, K. Srikanth dan Lakshya Sen yang membantu negara mereka memahat sejarah menjulang Piala Thomas 2022.

LEE ZII JIA

“Saya tidak mahu fikir terlalu banyak mengenai siapa lawan saya, yang penting saya mahu memberi tumpuan kepada gaya permainan sendiri.

“Sasaran saya adalah membawa pulang pingat, tidak kira apa warna sekalipun,” kata Tze Yong, yang teruja saat diumumkan akan mengetuai cabaran Malaysia pada temasya 28 Julai hingga 8 Ogos itu.

Bagi mempersiapkan Tze Yong untuk menghadapi edisi ke-22 temasya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengeluarkan namanya daripada Terbuka Taiwan yang dijadualkan berlangsung 19-24 Julai depan.

Malaysia sebelum ini menyasarkan dua pingat emas daripada badminton dalam Sukan Komanwel, namun dengan penarikan diri juara Asia dan pemain No. 5 dunia, Zii Jia, kontinjen negara dijangka mengkaji balik sasaran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya