Azeem pecah rekod kejohanan dua kali

Azeem pecah rekod kejohanan dua kali

Muhammad Azeem Mohd. Fahmi (tengah) memenangi emas 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 di Stadium Perak, Ipoh, tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Usain Bolt’ Malaysia, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi membuktikan kehebatanya apabila memecah rekod 100 meter Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 sebanyak dua kali di Stadium Perak petang tadi.

Selepas mencipta rekod baru di peringkat separuh akhir dengan catatan 10.40 saat pada sebelah pagi, bekas atlet Sekolah Sukan Perak , SMK Gunung Rapat, Ipoh itu membuktikan dia yang terhebat dalam kalangan peserta akhir dengan memperbaiki catatannya petang tadi.

Permukaan trek basah berikutan hujan lebat sebelum final tidak menyekat Azeem, 18, mencatat kepantasan 10.28s untuk memperbaiki lagi catatannya sendiri.

Dengan kejayaannya itu, Azeem memadam catatan lama 10.49s oleh Jonathan Nyapa sebelum ini, malah dia turut memperbaiki catatan peribadi 10.37s yang dilakukan pada Kuala Lumpur All Comers, Mac lalu .

Walaupun Khairul Hafiz Jantan dari  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) cuba memberi saingan tetapi tidak terdaya untuk mencabar Azeem.

Khairul Hafiz terpaksa akur berada di tempat kedua dengan catatan 10.80s, manakala ketiga milik Muhammad Raimi Mustafa Kamal dari Negeri Sembilan.

Azreen Nabila

Sementara gelaran ‘ratu pecut’ wanita menjadi milik Azreen Nabila Alias dari Terengganu dengan catatan 12.11s.

Fatin Ilyana Mat Nayan ( Kedah) terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka (Terengganu) ketiga.

Hujan lebat menjejas perjalanan kejohanan pada sebelah petang tadi menyebabkan penganjur membatalkan acara lari berganti-ganti 4 x 100m lelaki dan perempuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya