IPOH: ‘Usain Bolt’ Malaysia, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi antara 800 atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 bermula di Stadium Perak di sini bermula hari ini.
Azeem yang mendapat 6 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan mengambil bahagian dalam acara kegemarannya 100 meter (m).
Turut menyertai kejohanan dua hari anjuran Persatuan Olahraga Perak (POPk ) itu ialah jaguh pecut wanita, Azreen Nabila Alias.
Azreen, 21, berasal dari Terengganu adalah antara penyumbang pingat emas di Sukan SEA Hanoi, baru lalu .
Azreen bagaimanapun dijangka mendapat tentangan dari Fatin Ilyana Mat Nayan dalam acara 100m.
Fatin yang digugurkan dari skuad Sukan SEA Hanoi pasti menggunakan Terbuka Perak ini medan menebus kekecewaannya.
Atlet dari negeri-negeri, pusat-pusat latihan, ahli gabungan Popk, ATM, Kelab-Kelab dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) menyertai kejohanan itu. – UTUSAN ONLINE