Aiman tak kisah jadi sasaran pertahanan lawan

Aiman tak kisah jadi sasaran pertahanan lawan

ARIF Aiman Mohd. Hanapi (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Hong Kong dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sentiasa menjadi sasaran terjahan kasar pertahanan lawan hingga adakalanya terpaksa menahan kesakitan, namun semua itu dilalui demi memastikan pasukan meraih kejayaan.

Tidak diturunkan pada aksi menentang Brunei, Jumaat lalu, kelibat pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi nyata mencuri tumpuan bukan sahaja peminat tempatan tetapi pertahanan Hong Kong yang terpaksa bekerja keras untuk mengekang pergerakannya.

Berdepan terjahan kasar hingga adakalanya merisaukan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan juga rakan sepasukan, pemain kelahiran Maran Pahang itu menganggap ia adalah lumrah dalam bola sepak.

“Bahaya juga apabila sering menjadi sasaran pertahanan ­lawan, perlu ambil kira semua ini tetapi dalam bola sepak ­biasalah perkara (terjahan) itu.

“Memang saya akui pemain lawan mengawal ketat, ­separuh masa pertama semuannya ok cuma babak kedua saya ada mengalami sedikit kekejangan namun tidak cedera,” katanya kelmarin.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong, Rabu lalu menyaksikan Malaysia menang 2-0 dan permulaan serangan skuad kebangsaan banyak bermula daripada bahagian sayap kanan yang digerakkan Arif Aiman.

Arif membentuk gandingan yang cukup baik bersama Darren Lok dan Nor Nor Azam Azih serta Akhyar Rashid di barisan serangan Malaysia.

Dilabel sebagai pemain utama dalam pasukan, Arif Aiman tidak mahu meletakkan dirinya terlalu selesa kerana baginya semua pemain adalah tunjang utama pasukan.

“Saya tidak harap dianggap sebagai key player (pemain utama) saya hanya pemain biasa dan sentiasa tidak berpuas hati dengan setiap kali diturunkan beraksi.

“Banyak lagi yang saya perlu perbaiki dalam perlawanan ini, saya harap perlawanan ini permulaan untuk saya sebagai persedian kempen kelayakan Piala Asia 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya