Aifa pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel

Aifa pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel

AIFA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memilih Aifa Azman sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen Malaysia yang baharu ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Jawatankuasa Pemilihan MOM yang dipengerusikan Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria memilih Aifa bagi menggantikan tempat S. Sivasangari yang terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Sivasangari bersama atlet Powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin telah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama untuk kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Komanwel yang bakal berlangsung bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

“Keputusan penggantian pembawa Jalur Gemilang ini diambil selepas Sivasangari terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan dalam kemalangan di Lebuh Raya Maju (MEX) pada hari Ahad yang lalu.

“Sivasangari yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dijangka memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali semula ke gelanggang.

“Sementara itu, Aifa selaku Juara Terbuka Malaysia 2021, turut akan beraksi dalam acara perseorangan wanita dan beregu wanita (berganding dengan Rachel Arnold) di Sukan Komanwel Bermingham,” kata MOM dalam kenyataan di sini.

Aifa, 20, membuat penampilan pertamanya dalam Sukan Komanwel pada 2018, di mana menyertai acara perseorangan wanita dan beregu campuran.

Beliau juga merupakan pemenang pingat emas dalam acara berpasukan untuk kontinjen Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2017 dan pemenang pingat gangsa di Sukan Asia 2018.

“Aifa juga merupakan pemenang termuda Jelajah Persatuan Skuasy Profesional pada 2018 ketika berumur enam tahun. Kini, beliau menduduki tangga ke-28 dalam carta kedudukan dunia.

“Adalah menjadi harapan MOM agar pemilihan Aifa sebagai pembawa Jalur Gemilang akan menyuntik semangat baharu untuk atlet-atlet yang lain dalam kontinjen Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya